![]() 48, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Tel:(603) 2832788 Fax:(603) 2832615 |
Khemah Penghayatan
Alam Sekitar Bertempat di De Palma Inn, Kuala Selangor, pada 10-12 Oktober 1997. Anjuran bersama: Institut Kajian Dasar (IKD), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Konrad Adenauer (KAS) Hari ini tanda-tanda dan krisis alam sekitar sedang giat berlaku dapat kita lihat di sekeliling kita. Jerebu tebal, banjir dan taufan yang tidak disangka-sangka, kemerosotan sumber-sumber perikanan, kekurangan air bawah tanah, hakisan tanah, tasik dan sungai yang mati dan kepupusan spesis hanya merupakan sebahagian daripada msalah yang melanda alam sekirar dan dengannya kehidupan kita. Iklim dunia masakini telah berubah. Perubahan yang berlaku adlah kerana kecuaian manusia sendiri akibt terlalu ghairah mengejar arus pemodenan dan pada masa yang sma meminggirkan niali-nilai penghayatan kepada alam sekitar. Oleh itu tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa fenomena El Nino yang telah merubah hmpir seluruh iklim duni kini merupakan satu implikasi baru dunia akibat kegagalan manusia menghargai alam sekitar. Dari itu, penghayatan kepada alam sekitar amat penting agar generasi akan datang tidak lagi menjadi pemusnah alam sekitar. Untuk itu kesedaran dan sikap perihatin terhadap alam sekitar perlulah dipupuk di semua peringkat. Kesedaran hanya akan timbul dan sikap hanya boleh berubah apabila individu dan masyarakat benar-benar memahami melalui ilmu dan pengalaman yang sebenar tentang apa dia alam sekitar dan bagaimana ia telah berubah hasil daripada aktiviti manusia. Berdasarkan keinsafan bahawa tugas mendidik masyarakat tentang isu-isu alam sekitar adalah sesuatu yang harus dilaksanakan oleh semua pihak, khususnya NGO, maka IKD, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan KAS telah mengadakan satu program Khemah Penghayatan Alam Sekitar. Melalui khemah ini diharap ahli-ahli PPIM akan turut sama memainkan peranan yang lebih bermakna dalam konteks pemerliharaan alam sekitar di negara-negara kita khususnya dan peringkat global amnya. Objektif utama
Perasmi Majlis perasmian dilakukan oleh YABerbahagia Datin Seri Dr. Wan Azizah Dato Dr. Wan Ismail Yang di-Pertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Turut hadir ialah YB Mesrah Selamat Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tuan Ishak Ahmad Pegawai Daerah Kuala Selangor, ketua-ketua Jabatan Kuala Selangor dan wakil pertubuhan-pertubuhan sukarela. Sesuai dengan Program Penghayatan Alam Sekitar, majlis perasmian diadakan di Taman Alam Kuala Selangor yang turut mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Daerah Kuala Selangor dan Pengusaha (En. Rajan) Taman Alam sendiri. Program Di samping merasmikan program, Datin Seri juga telah berpeluang merasmikan poster "Kempen Selamatkan Hutan Paya Bakau", mengadakan aktiviti gotong-royong, menanam pokok dan meyaksikan dengan lebih dekat burung-burung dari seluruh pelusuk dunia bertempat di Taman Alam Kuala Selangor. Datin Seri juga berpeluang melihat dengan lebih dekat Hutan Paya Bakau yang tercemar di samping spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang ada. Di sebelah malam pula Datin Seri berpeluang melihat kelip-kelip di sepanjang sungai di Kampung Kuantan. Datin Seri juga telah dapat bersama dalam observasi austronomi (melihat bintang dan planet). Peserta Para peserta pula yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru seramai 80 orang (menginap di Hotel De Palma Inn Kuala Selangor) berpeluang menyaksi dan melibatkan diri dalam program-program seperti mengitar kertas, melihat hutan "jungle walk", melihat burung-burung "bird watching" di samping bergotong-royong membersihkan kawasan alam sekitar. Program penghayatan alam sekitar pada kali ini turut menyelitkan sesi ceramah alam sekitar oleh tokoh-tokoh seperti Dr. Azizan Baharudin, Fellow IKD (Cintai dan Hayatilah Alam Sekitar); Puan Suzana Mohkeri dari Wetlands (Ekologi Tanah Paya); Puan Christa Hashim dan Leela dari Treat Every Environment Special Sdn. Bhd (Bersihkan Alam Sekitar). Kesimpulan Program alam sekitar pada kali ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Penerimaan peserta terhadap setiap program yang diatur cukup memberangsangkan. Bagaimanapun kekuatan sebenar program ini terletak pada program di Taman Alam Kuala Selangor yang benar-benar dapat menghidupkan suasana sebenar alam sekitar. |
|