![]() 48, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Tel:(603) 2832788 Fax:(603) 2832615 |
Kem Kecemerlangan Remaja Bertempat di Kampung Pulau Beluru Tumpat, Kelantan, pada 9 hingga 21 Jun 1997. Anjuran bersama: Institut Kajian Dasar, Majlis Belia Kelantan dan Pejabat Kesihatan Tumpat Program ini adalah pertama kali di adakan di Kelantan dengan kerjasama Majlis Belia Kelantan (MBK) dan Pejabat Kesihatan Tumpat yang melibatkan 42 orang remaja dari seluruh Kelantan. Program yang berlangsung dari 19 hingga 21 Jun 1997 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Tumpat, Kelantan yang bertemakan Remaja Tonggak Kepimpinan Negara. Antara lain matlamat program ini ialah:
Program Kem Kecermelangan Remaja ini telah diatur dengan menggabungkan aktiviti-aktiviti berbentuk ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), bersukan dan suntikan rohani yang merangkumi ceramah maghrib dan subuh. Seramai 60 orang peserta dari seluruh daerah di negeri Kelantan telah terlibat dalam program selama dua hari ini. Kebanyakan peserta yang hadir adalah terdiri daripada mereka yang "nakal". Program ini bertujuan memberikan input dan kesedaran diri agar mereka dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Pada amnya program ini amat baik untuk pembangunan remaja terutama yang bakal menjadi pemimpin negara kelak. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini telah mampu meletakkan hasrat dan cita-cita murni dalam mengembelingkan suasana kondusif dalam masyarakat. Sekurang-kurangnya proses penjanaan minda untuk generasi muda dapat dilakukan secara berterusan terutama untuk pembangunan ummah pada masa akan datang. Lokasi yang menarik (Pulau Beluru) yang turut menjadi salah satu tarikan kepada peserta adalah amat sesuai untuk program seperti ini. sesungguhnya ini adalah permulaan bagi IKD untuk menjana minda dan minat golongan remaja. Program seperti ini seharusnya disokong untuk pembangunan belia pada masa-masa akan datang. |