48, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Tel:(603) 2832788 Fax:(603) 2832615

 

Seminar Antarabangsa Muhammad Iqbal dan Nahdah Asia,

Bertempat di Pan Pacific Glenmarie Resort, Shah Alam,

pada 3-5 Jun 1997.

Anjuran: Institut Kajian Dasar

Institut Kajian Dasar (IKD) telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Muhammad Iqbal dan Nahdah Asia di Pan Pacific Glenmarie Resort, Shah Alam pada 3 hingga 5 Jun 1997. Seminar mengenai tokoh pemikir dari dunia Islam itu telah dirasmikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pemangku Perdana Menteri.

Sebanyak 19 penceramah dari luar dan dalam negeri telah membentangkan kertas kerja masing-masing. Antaranya dari Amerika Syarikat, Pakistan, Republik Rakyat China, Filipina, Indonesia, Arab Saudi, dan Rusia. Malaysia telah diwakili oleh Pengarah Pusat Dialog Peradaban, Dr. Chandra Muzaffar yang membincangkan Iqbal sebagai tokoh reformasi dunia Islam. Turut membentangkan kertas ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Osman Bakar dan Fellow IKD Dr. Azizan Baharuddin. Ketiga-tiganya membicarakan Muhammad Iqbal dari beberapa sudut termasuk sains, agama dan pemikiran.

Langkah IKD mengadakan seminar antarabangsa ini ialah sebagai penyataan tentang peranan besar Muhammad Iqbal dalam membangunkan dunia Islam. Tokoh pemikir dan penyair tersebut lahir pada 9hb November 1877 di Sialkot, sebuah bandar kecil di sempadan Punjab. Beliau mendapat didikan awal secara tidak langsung dari lingkungan masyarakatnya.

Bagaimanapun, usaha IKD mengenengahkan Muhammad Iqbal bukanlah untuk menghargai ketokohannya dalam bidang sastera dan pemikir ulung. Seminar tersebut lebih cenderung untuk membicarakan jasanya. Beliau telah meletakkan dirinya di tengah-tengah masyarakat Islam yang masih terjajah oleh barat sebagai penyair, ahli falsafah, aktivis politik, pembina ketamaddunan Islam dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan beliau muncul sebaris dengan tokoh-tokoh intelektual tradisional Islam sebelumnya seperti al-Razi, al-Farabi, Ibn Sina, dan al-Ghazali. Agak berbeza beliau muncul dalam dunia kontemporari. Di satu sisi lain kemunculan Muhammad Iqbal dianggap permata untuk membangunkan masyarakat Asia yang masih terjajah. Secara tidak langsung beliau sebaris dengan tokoh-tokoh seperti Jose Rizal, Sun Yat Sen dan lain-lain.

Idea dan falsafah Muhammad Iqbal melalui puisi-puisinya telah diadunkan dengan penuh simbolik melalui persembahan teater yang diadakan pada malam terakhir seminar ini di PWTC.

Kemunculan Muhammad Iqbal mempunyai makna besar dalam perkembangan dunia Islam kontemporari. Idea-idea bernasnya menjai penyumbang utama kepada pembangunan mental dan fisikal masyarakat yang masih terjajah khususnya pada penghujung abad ke-19.

Sekitar Persidangan Antarabangsa Muhammad Iqbal dan  Nahdah Asia

Ucapan Pemangku Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ucapan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, Nawaz Sharif
Ucapan Pengerusi IKD, Dato' Kamaruddin Jaffar

Ke Atas

Halaman Hadapan

Mengenai IKD

Projek Asia Tenggara

Anwar Ibrahim

Diari IKD

Siaran Akhbar

Link IKD

Pertanyaan

 

 

  iqbal3.JPG (16514 bytes)