![]() 48, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Tel:(603) 2832788 Fax:(603) 2832615 |
Dialog Mahasiswa Melayu
1 Bertempat di Universiti Islam Antarabangsa pada 5-6 Jun 1997 Anjuran bersama: Institut Kajian Dasar dan Majlis Perwakilan Pelajar UIA Cabaran Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia Dato Dr. Wan Zahid yang mahukan pendidikan dan kepimpinan diselaras "menyemarak" semangat para mahasiswa UIA untuk menyahut seruan ini melalui program dialog yang pertama kali diadakan. Untuk itu pihak IKD dan Sekretariat Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA telah mengadakan Dialog Mahasiswa Melayu 1 pada 5 dan 6 Mei 1997 bertempat di Moot Court UIA, cawangan Gombak. Antara objektif utama ialah:
Bertemakan "Mahasiswa dan Kepimpinan Penentu Jatuh Bangunnya Ummah", Dialog Mahasiswa 1 ini telah sertai oleh seramai 80 pelajar Universiti dari seluruh Universiti tempatan. Beberapa orang tokoh akademik dan politik telah melontarkan idea di program ini termasuklah Dr. Sidek Baba (UIA) "Mahasiswa dan Sensitiviti Terhadap Penemuan Teknologi Baru", Saudara Mohd Ezam Mohd Nor (Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan) "Mahasiswa Dahulu dan Sekarang; Daya Kepimpinan, Semangat dan Pemikiran"; Saudara Jafar Rahim (Dewan Bahasa dan Pustaka ) "Proses Pematangan Mahasiswa Berlaku di Universiti atau pun bersama Masyarakat", Saudara Mustafa Kamil Ayub (Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan) "Menangani Isu Sosial"; Saudara Saifudin Nasution Ismail (Bekas Setiausaha Politik Menteri Kehakiman) "Mahasiswa dan Kematangan Berpolitik" dan Sesi dialog bersama pemimpin pelajar tempatan yang diwakili oleh UKM, UIA, ITM dan UPM. Kesimpulan Program ini telah mencetuskan satu momentum baru kepada dunia mahasiswa hari ini. Pendedahan, pemberian input-input, ulasan isu-isu semasa dan perbahasan secara akademik telah sedikit sebanyak membuka minda mahasiswa untuk lebih peka kepada setiap senario yang berlaku. |