Seminar Menangani
Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak di Kalangan Golongan Muda, Bertempat di Port Dickson pada 11 April 1997
Anjuran bersama: Institut Kajian Dasar dan Yayasan Konrad
Adenauer
Sebuah Bengkel Menangani
Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Golongan Muda telah diadakan di Hotel Sri Malaysia. Bengkel yang dianjurkan oleh Institut
Kajian Dasar dan Yayasan Konrad Adenauer ini telah dihadiri oleh lebih 45 orang peserta
yang merupakan wakil-wakil dan pemimpin-pemimpin NGO, agensi dan jabatan kerajaan yang
terlibat dengan hal-ehwal pembangunan golongan belia/muda.Di antara lain Bengkel ini adalah bertujuan
untuk:-
 | Mengumpulkan maklumat daripada golongan pengkaji/profesional dan golongan muda
mengenai faktor-faktor psikologi, emosi, ekonomi, sosial dan spritual yang mengakibatkan
berbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak khasnya di kalangan golongan muda.
|
 | Merumuskan satu gambaran yang bersepadu dan holistik tentang keadaan remaja hari
ini dengan menilai maklumat serta teori yang ada secara objektif, sistematik dan
realistik.
|
 | Menggariskan projek atau program jangka panjang atau jangka pendek mengatasi
masalah sosial dan keruntuhan akhlak serta mengenalpasti badan-badan atau
organisasi-organisasi bagi melaksanakan strategi dan program yang dijayakan.
|
 | Menyediakan laporan dan blue-orint for action untuk dimajukan kepada pihak IKD
sendiri serta pihak-pihak berwajib yang lain mengenai isu masalah remaja dan keruntuhan
akhlak di kalangan golongan muda.
|
Seramai 9 orang
pembentang kertas kerja telah membentangkan statistik dan maklumat serta analisa yang
termuktakhir bersabit dengan punca dan sebab berlakunya masalah sosial dari modul yang
berbagai. Rata-rata masalah sosial mempunyai sebab-sebab yang boleh dilihat dari pelbagai
sudut dan bidang yang disebutkan. Sebab-sebab ini pula amat berkaitan di antara satu sama
lain. Tetapi apa yang pokok ialah soal terhakis dan semakin pupusnya nilai-nilai
kekeluargaan dan kehidupan yang berteraskan dan berorientasikan kemanusiaan dan spiritual.
(Untuk kupasan-kupasan ini sila lihat kertas kerja).
Satu kelainan bengkel ini ialah pendekatan yang mahu mendekati kumpulan
yang menjadi fokus isu masalah sosial (iaitu kumpulan yang bermasalah itu sendiri.Untuk
ini satu dialog bersama kumpulan Embun Hidayah yang diketuai oleh Saudara Nizal Mohamed
serta Saudara Riduan Mohamed telah diadakan.
Dialog ini telah memberikan peserta Bengkel satu imbasan dan tinjauan
tentang bagaimana dan apa sebenarnya yang wujud dan berlaku di peringkat grass-root. Mesej
yang jelas hasil daripada tersebut adalah hakikat kekurangannya insan-insan atau
pihak-pihak yang prihatin terhadap keperluan psiko-emosi, dan sosial-fizikal
remaja/golongan yang bermasalah dan yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan bimbingan
tersebut. Bahagian kedua Bengkel menumpukan perhatian tentang langkah-langkah yang boleh
dan perlu diambil oleh semua pihak. Peserta bengkel telah berbincang tentang cara-cara
menangani masalah melalui aspek-aspek spritual atau agama, sudut belia sendiri dan aspek
environmen atau persekitaran yang harus wujud bagi perkembangan golongan muda yang sihat.
Resolusi
Akhir sekali, berdasarkan input daripada Bengkel Peserta yang telah
diadakan, berikut adalah beberapa resolusi yang telah dipersetujui:
 | Menggalakkan kempen (melalui media yang pelbagai) kesedaran tentang darjah
(extent), akibat dan pinca-punca (ekonomi dan sosio-budaya) masalah sosial yang berlaku di
negara kita serta perlunya dikukuhkan institusi keluarga.
|
 | Mewujudkan langkah-langkah memartabatkan semula seluruh institusi keagamaan
Islam (mahkamah atau perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan-badan dakwah dan
NGOs yang lain) supaya peranan dan fungsi institusi-institusi yang berkaitan dapat
di manifestasikan dengan lebih berkesan.
|
 | Memastikan apa jua jenis biokrasi yang boleh menghalang kelancaran perlaksanaan
program-program membantu membenteras masalah sosial. Agensi-agensi kerajaan mesti
memainkan peranan masing-masing melicinkan langkah-langkah dan usaha-usaha yang datang
daripada semua pihak.
|
 | Menggesa satu dasar penerangan - komunikasi perlu dilahirkan segera berdasarkan
nilai-nilai kemanusiaan dan spritual - fizikal yang seimbang. Usaha ini mesti
menggembelingkan sumber-sumber atau input semua pihak.
|
 | Menggesa sektor swasta dan korporat (contohnya para pekilang) untuk menzahirkan
budaya kerja dan budaya hidup yang sihat di kalangan pekerja mereka. Ini boleh dilakukan
dengan mengambil kirta faktor-faktor seperti penjadualan, aktiviti-aktiviti kekeluargaan,
hari-hari kelepasan dan lain-lain.
|
 | Memastikan pendekatan yang diambil di dalan kita mendekati atau membantu
golongan remaja atau muda adalah bersifat empatik dan penuh prihatin dan kasih sayang
terhadap mereka. Ini amat penting di dalam konteks persekitaran ibu bapa mereka membesar
dahulu. Ini akan mengelakkan proses alienasi dan konflik dan jurang di antara generasi
berlaku. Kita mesti menyedari hakikat mereka adalah mangsa kepada sistem yang bukan
dicipta oleh mereka.
|
 | Mengukuhkan status dan keberkesanan Kementerian Belia dan Sukan. Kebiasaan
menganggap Menteri Belia sebagai yang paling junior dan kementerian sebagai yang paling
kurang kepentingan mestilah dihakis.
|
Ke Atas

|
Halaman Hadapan
Mengenai IKD
Projek Asia
Tenggara
Anwar Ibrahim
Diari IKD
Siaran Akhbar
Link IKD
Pertanyaan |