Deklarasi ini telahpun disempurnakan penggubalannya oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada penama-penama berikut:
Dato' Shafee Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) | |
Tony Kwok Man-wai, Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong | |
Tan Sri Harun Hashim, Bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Bekas Hakim Mahkamah Agung Merangkap Pemangku Dekan Kuliyyah Undang-Undang UIA | |
Tan Sri Ramon V. Navaratnam, Penasihat Korporat Kumpulan Sungei Way | |
Prof. Dr. Syed Hussein Alatas, Pusat Kajian Am UKM Merangkap Lembaga Pemerintah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International, Berlin). | |
Prof. Dr. Chandra Muzaffar, Pengarah Pusat Dialog Ketamadunan UM, Presiden Just World Trust | |
YB. Ruhanie Haji Ahmad, Presiden Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (BBC) Merangkap Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan Dan Pembangunan (CELDES) | |
Dato' Michael Yeoh, Pengarah/Naib Presiden Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) | |
Abdul Rahman Adnan, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) | |
Dr. Zambry Abd. Kadir, Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Kepimpinan dan Pembangunan (CELDES) |
Menginsafi bahawa rasuah adalah gugatan bukan ketenteraan yang zahir daripada perilaku mungkar rnanusia yang tipis iman, rendah asas akhlak, daif akal-budi dan tidak menghormati serta enggan menjunjung keluruhan undang-undang;
Menyedari bahawa rasuah sering berpunca dari sikap tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu demi memenuhi kepentingan individu sama ada di dalam mengumpul kekayaan peribadi, di dalam memajukan perniagaan secara mudah, di dalam mencapai aspirasi politik menerusi jalan paling singkat atau menebus perilaku yang melanggar undang-undang;
Mengakui bahawa amalan rasuah yang merebak liar boleh menyemarakkan ketidakadilan, menindas golongan kurang berada dan melupuskan kecekapan kos (cost-efficiency) serta mengancam keselamatan negara, menghuru-harakan Kerajaan, meruntuhkan tamadun, membinasakan bangsa dan menggugat idealisme demokrasi;
Mengiktiraf bahawa rasuah lazimnya diamalkan oleh kerana wujudnya karenah birokrasi di kalangan sesetengah kakitangan awam dan amalan ini lazimnya merebak luas seiring dengan kepesatan proses pembangunan, kemajuan dan modenisasi negara;
Menerima hakikat bahawa kepemimpinan politik yang bermaruah serta iltizam politik yang tegas menjadi pemangkin gerakan massa untuk memerangi rasuah di semua peringkat secara komited, konsisten dan berkesan;
Menyokong, menghargai serta mengiktiraf bahawa iltizam politik serta ketegasan mutakhir Kerajaan memerangi rasuah adalah tindakan positif ke arah kemunculan negara yang sifar rasuah;
Meyakini bahawa kewujudan masyarakat madani Malaysia akan menjadi pemangkin kebangkitan negara yang sifar rasuah;
Maka Muafakat Memerangi Rasuah yang berhimpun di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada 19hb Julai 1997, mengambil ketetapan bahawa:
Kerajaan hendaklah mengkaji semula kuasa, tugas dan tanggungjawab Badan Pencegah Rasuah supaya mencakupi aspek-aspek pendidikan, pencegahan serta penyiasatan yang menyeluruh. Ini akan membolehkan BPR mempelopori gerakan pendidikan anti-rasuah yang komprehensif di kalangan masyarakat; melakukan kegiatan pencegahan yang lebih berkesan; menjalankan penyiasatan dengan lebih cekap dan adil serta membuat perakuan-perakuan pindaan yang berwibawa ke atas segala amalan dan prosedur di sektor awam yang didapati menggalakkan rasuah. | |
Kerajaan hendaklah memberi kuasa penuh kepada BPR untuk meminta mana-mana individu yang disyaki melakukan rasuah untuk menjelaskan harta yang dimilikinya menerusi kenyataan bersumpah jika individu berkenaan gagal memberikan penjelasan yang memuaskan berhubung pemilikan harta yang melebihi pendapatannya, maka pendakwaan hendaklah dibuat ke atasnya. Sekiranya didapati bersalah, harta individu tersebut hendaklah dirampas. | |
Kerajaan hendaklah menubuhkan sebuah jawatankuasa penilai peringkat tertinggi (review committee) yang bertanggungjawab mengkaji semula semua kes rasuah yang telah disiasat oleh BPR dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi kes berkenaan tidak dibawa ke mahkamah. Jawatankuasa ini hendaklah melantik Peguam Negara sebagal Ex-Officio dan dianggotai oleh perwakilan rakyat jelata yang berwibawa tinggi serta bertanggungjawab terus kepada Parlimen. | |
Di samping hukuman-hukuman berat yang dikenakan ke atas pesalah rasuah, Kerajaan hendaklah juga mengenakan hukuman sebat ke atas pesalah-pesalah tersebut. | |
Kerajaan hendaklah mengutuk amalan rasuah sebagai musuh negara yang lebih dahsyat bahayanya dari penagihan dadah. Justeru itu, Kerajaan hendaklah merestui kewujudan sebuah Majlis Anti Rasuah Negara. Majlis ini hendaklah bertanggungjawab mengesan, mengkaji serta menganalisa amalan rasuah, kesan dan implikasinya terhadap sosio-ekonomi, politik dan keselamatan negara. Majlis tersebut hendaklah diwujudkan menerusi kerangka undang-undang, mempunyal jawatankuasanya di peringkat negeri dan daerah serta bergerak searing dengan BPR. | |
Kerajaan hendaklah menggalak serta mengiktiraf kewujudan satu gerakan anti-rasuah kebangsaan yang menggemblengkan penyertaan rakyat jelata, sektor awam, sektor swasta, pertubuhan politik dan pertubuhan sukarela di semua peringkat, di seluruh negara. Gerakan bersepadu ini hendaklah mempunyai struktur organisasi yang sama dengan Majlis Keselamatan mempunya struktur organisasi Negara. Gerakan ini juga hendaklah bergerak seiring dengan BPR dan Majlis Anti Rasuah Negara yang dicadangkan di atas. | |
Seluruh jentera, sistem, prosedur, peraturan dan undang-undang yang boleh mendorong amalan rasuah dan didapati menyulit, menghalang atau melambat-lambatkan pembangunan, kemajuan dan modenisasi ekonomi dan perindustrian negara hendaklah dikaji semula dan diperbaiki keberkesanannya. | |
Sektor awam, swasta dan kalangan politik hendaklah diberi kefahaman mendalam dan terperinci bahawa pembangunan, kemajuan dan modenisasi negara, khususnya di bidang ekonomi dan perindustrian, adalah tanggungjawab bersama selaras dengan semangat dan Dasar Malaysia Incorporated. | |
Hendaklah diwujudkan mekanisme perundangan yang berkesan untuk menyelia urusan yang melibatkan sektor peniagaan dan Kerajaan. Perilaku kakitangan awam yang memproses, menganalisa, membuat perakuan, mengendali, menyelia dan meluluskan semua aspek percukaian, perlesenan, projek pembangunan dan projek penswastaan di peringkat pusat, negeri dan daerah mestilah telus dan bebas dari rasuah. Warga korporat yang berurusan dengan sektor awam mengenai penswastaan atau perlaksanaan projek pembangunan di semua peringkat juga dituntut berperilaku telus dan bebas dari rasuah. | |
Sebuah sistem kawalan dalaman bagi jabatan-jabatan utama Kerajaan yang mengendalikan projek-projek penswastaan dan projek pembangunan negara yang besar hendaklah dipastikan telus, amanah dan berintegriti dalam mengendalikan maklumat-maklumat penting supaya tidak berlaku pembocoran rahsia dan maklumat yang bernilai komersial dan yang dapat diperdagangkan dengan nilai pasaran yang tinggi. | |
Semua anggota penguatkuasaan undang-undang dan kakitangan awam di jabatan yang sering terdedah dengan amalan rasuah hendaklah mempunyal tatacara yang telus, berintegrifi dan berkesan. Semua sektor swasta juga hendaklah mewujudkan, Tatacara dan Etika Anti Rasuah dalam organisasi masing-masing. | |
Sumpah jawatan bagi seluruh perlantikan awam, swasta dan polifik di semua peringkat hendaklah mengandungi elemen kemurniaan akhlak, keluruhan undang-undang dan anti rasuah. | |
Seluruh kakitangan awam, kepimpinan politik dan kepimpinan korporat di mana Kerajaan mempunyai "saham keemasan" hendaklah dimestikan mengisytiharkan harta masing-masing kepada sebuah jawatankuasa di bawah pimpinan Perdana Menteri. | |
Usaha mewujudkan masyarakat madani yang menjunjung keluruhan undang-undang, mengamalkan tradisi moral yang murni, berbudaya, berintergriti dan tidak berkompromi terhadap rasuah perlu diperhebat dan diperkasakan lagi gerakannya di setiap lapisan masyarakat Malaysia. Seluruh jentera pembangunan generasi anjuran Kerajaan, parti-parti politik, organisasi korporat dan badan-badan sukarela di semua peringkat perlu mendukung usaha mewujudkan masyarakat madani ini menerusi gerakan kesedaran dan modul latihan ketatanegaraan dan keagamaan yang rapi khusus, bersepadu dan berterusan. | |
Elemen dan mesej anti-rasuah hendaklah diterapkan ke dalarn jiwa segenap generasi muda Malaysia menerusi kurikulum khas pendidikan rendah, menengah dan tinggi anjuran Kerajaan dan swasta. Elernen dan mesej anti-rasuah ini juga hendaklah diterapkan ke dalam jiwa segenap pelatih menerusi kurikulum khas di semua agensi latihan awam dan swasta. | |
Pihak media massa hendaklah diberi galakan untuk melaporkan gejala dan amalan
rasuah oleh segenap lapisan masyarakat secara jujur, adil dan berwibawa.
Sekitar Seminar Muafakat memerangi Rasuah (Consensus Against Corruption)| Main || About IKD || IKD Diary || Southeast Asia 2000 Project || Press Releases || IKD Links || Inquiries | |