Y.B. DATO' SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK Menteri Pendidikan Malaysia

Pada Seminar Muafakat Memerangi Rasuah

Di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur 19 Julai 1997
Yang, Berhormat Sdr. Ruhanie Ahmad, Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong, Kerajaan (BBC)
Yang Berbahagia Sdr. Abdul Rahman Adnan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD)
Yang, Berbahagia Dr. Zambry Abdul Kader, Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Kepimpinan dan Pembangunan (CELDES)
Yang, Berhormat dan Yang, Berbahagia, Tan Sri-Tan Sri, Dato' Seri-Dato' Seri, Dato'-Dato', Profesor-Profesor, Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian.

Assalamualaikum W.R.H dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berhimpun unruk membahaskan pelbagai aspek tentang isu rasuah. Saya difahamikan menerusi seminar sehari-suntuk ini pihak penganjur laitu IKD, BBC, CELDES dan ASLI berhasrat untuk membentuk satu social force sehingga wujud muafakat dalam masyarakat kita untuk sama-sama membenci rasuah. Kita mahu masyarakat dari segenap lapisan - pemimpin dan rakyat, usahawan dan agamawan, ahli korporat dan kakitangan perkhidmatan awam, ahli politik dan intelektual, tua dan muda - turut sama-sama bangkit memerangi rasuah. Kita tidak mahu rasuah mendarah daging dalam masyarakat Malaysia. Kita tidak mahu keharmonian dan kemakmuran negara kita tercemar kerana segelintir plhak yana, sudah terbiasa, dan terbudaya dengan gejala rasuah. Di atas keprihatinan tersebut, sava menaucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur kerana bersifat proaktif menangani masalah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Rasuah mempunyai pengertiannya yang cukup kompleks dan historikal. Dari segi penjenisannya, rasuah tidak hanya terbatas sebagaimana definisi yang biasa digunakan oleh masyarakat umum, iaitu "pemberian berupa wang, hadiah atau sebagainya kepada seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu pulangan, atau habuan untuk kepentinaan peribadi atau kelompok dengan mudah." Saya ingin tegaskan bahawa pengertian rasuah jauh lebih kompleks daripada definisi tersebut. Rasuah turut merangkumi aspek motif dan hubungan interpersonal, strategi dan wawasan, perundangan dan keagamaan. Dari segi motif misalnya, seseorang, itu dianggap melakukan rasuah jika motifnya ketika melakukan sesuatu pekerjaan diselitkan dengan kepentingan peribadi atau kelompok. Soal rasuah ini tambah kompleks jika kita melihat aspek kepelbagaian strategi politik atau pemiagaan, sebagai satu wahana untuk bersaing denean organisasi atau kelompok lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Semua orang mengakui bahawa rasuah adalah satu amalan salah, keji dan jenayah. la bertentangan dengan ajaran agama dan moral yang, terbukti telah meruntuhkan banyak empayar dan memusnahkan banyak bangsa dan tamadun.

Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming, yang tidak terurus pentadbirannya menyebabkan tentera dan kakitancan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhimva hancur. Demikian juga dengan kisah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka akibat berlakunya amalan rasuah di kalangan raja dan pembesamya. Kerajaan Nasionalis China Kai Shek di China, Pichard Nixon di Amerika, Marcos di Filipina dan akhimya Presiden Mobuto di Zaire tumbang kerana gejala yang sama.

Dari perspektif agama Islam pula, rasuah merupakan satu perbuatan dosa yang, sangat dimurkai Allah. Islam melihat perbuatan rasuah tidak hanya membabitkan soal-soal kebendaan. Horizon dimensi rasuah menurut Islam luas dan bersifat berbilang dimensi (multi-dimensional). Sebagal contoh, Islam mengajar umatnya supaya teguh dengan pegangan hidup dan setia kepada idealisme Islamiah. Oleh yang demikian mereka yang melanggar batas-batas pegangan hidup Islam adalah juga tergolong dalam kategori rasuah. Mereka yang menodai idealisme adalah juga melakukan rasuah. Rasuah dari segi idealisme!

Ajaran Islam tentang rasuah ini dapat kita fahami ketika Rasulullah s.a.w. ditawarkan dengan pelbagai kesenangan hidup, harta dan takhta oleh kaum Quraish. Menerusi tawaran rasuah tersebut mereka menetapkan syarat, iaitu Rasulullah s.a.w. mestilah meninggalkan perjuangan untuk mendaulatkan idealisme Islam, meninggalkan jihad, meninggalkan dakwah, dan meninggalkan wawasannya untuk membina masyarakat rabbani (iaitu, masyarakat yang mengikut ajaran llahi). Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak tunduk dengan tawaran rasuah tersebut. Rasulullah s.a.w. tidak berganjak seincipun dengan komitmennya. Malah Rasulullah s.a.w. semakin bersemangat untuk terus berjuang, untuk terus mara dengan semangat yang semakin membara. Sebagaimana yang kita saksikan dalam catatan lembaran sejarah, kaum Quraish begitu kecewa dengan ketegasan Rasuluilah s.a.w. Bagaimanapun, mereka mengubah strategi. Kali lni mereka menggunakan Abu T alib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w. supaya memujuk Baginda agar tidak lagi menyebarkan Islam. Mendengar pujukan tersebut, Rasulullah s.a.w. bersabda dengan tegas:

"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku, nescaya aku tidak akan sekali-kali meninggalkan dakwah Islamiah"

Tan Sri - Tan Sri, Dato' - Dato' dan sidang hadirin sekelian,

Demikianlah betapa tegasnya Rasulullah s.a.w. memerangi rasuah.

Rasulullah s.a.w. tidak berganjak sedikitpun dalam memperjuangkan idealisme Islam biarpun disogok dengan pelbagai habuan rasuah, pujukan dan gamitan berupa kesenangan duniawi. Dalam bidang pemiagaan dan keusahawanan, kesalahan rasuah ini dijelaskan menerusi hadis berikut:

"Hadiah (rasuah) yang diberikan kepada pekerja-pekerja kerajaan itu ialah belenggu".

Hadith ini menjelaskan pemberian hadiah atau apa sahaja bentuk rasuah adalah haram hukumnya. Ini kerana pemberi rasuah mempunyai motif yang hanya menguntungkan kepentingan diri sendiri dengan mendapat pulangan atau apa juga bentuk habuan yang sepatutnya bukan milik mereka. Dengan kata lain, mereka merampas milik atau hak orang lain. Di sinilah timbulnya persoalan pokok yang perlu kita bincangkan pada hari ini, iaitu keadilan.

Tujuan Islam, serta agama-agama lain dan perundangan negara mengharamkan rasuah adalah untuk menghalang berleluasanya ketidakadilan sosial. Ketidakadilan ini berlaku kerana pemilikan atau apa sahaja bentuk anjaran terhadap sesuatu pihak tidak diasaskan kepada ciri-ciri yang sewajamya. Apabila ketidakadilan ini menular dan mengakar-umbi maka survival sesebuah masyarakat akan terancam, sekurang-kurangnya dalam lima perkara, iaitu:

a. Menggugat pertumbuhan ekonomi. Kita sedia maklum negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah negara maju. Pertumbuhan ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus melebihi satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan Wawasan 2020. Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentum tersebut maka kita perlu mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi (indirect cost to all economic activity). Sebagai contoh, kita memerlukan pelaburan asing, yang, banyak. Bagaimanapun jika pelabur asing menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang dilingkari kegiatan rasuah, maka mereka akan tidak begitu berminat untuk melabur di sini. Secara tidak langsung, daya saing kita berkurangan. Usaha kita menarik pelabur asing, untuk memajukan Multimedia Super Corridor akan juga terjejas kerana mereka akan lebih berminat untuk pergi ke negara yang dianggap bersih dari rasuah.

b. Kestabilan politik. Kestabilan politik merupakan faktor terpenting, kejayaan Malaysia ketika ini yang membolehkan bidang ekonomi berkembang subur. Sekiranya amalan rasuah menjadi budaya ia akan menvebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap pemimpin. Pada satu tahap kritikal rakyat boleh memberontak dan mencetuskan revolusi sebagaimana yang, berlaku di banyak negara pada abad ini. Keyakinan masyarakat dalam Kerajaan dan pemimpin akan terhakis seperti yang, berlaku di Korea Selatan, Parti Kongres di India dan Parti Liberal Demokratik, Jepun jika tindakan tegas tidak diambil. Rasuah merupakan satu ancaman "bukan ketenteraan" seperti komunisme, yang menggugat kestabilan, keadilan sosial dan kesejahteraan negara.

c. Etika dan nilai. Etika dan nilai-nilai yang murni hanya subur dalam masyarakat yang mendokong keadilan sosial. Dengan kata lain jika rasuah bermaharajalela maka etika dan nilai akan dikesampingkan oleh masyarakat, seterusnya mengancam survival sesebuah negara bangsa.

d. Rasuah memihak kepada si kaya. Dengan berleluasanya rasuah maka jurang perbedaan antara si kaya dengan si miskin akan terus melebar. Keadilan sosial akan tergugat. Dan pembangunan negara akan tidak sekata.

Itulah sebabnya Islam memandang budaya rasuah ini sebagai perkara yang amat keji. Ia bukan sahaja boleh meruntuhkan negara malahan juga agama Islam sendiri. Maruah agama, bangsa dan negara tercemar dan tergadai sekiranya rasuah berleluasa. Ini disebabkan gejala rasuah memang mempunyai elemen penindasan, penganiayaan dan kezaliman. Jlka dilihat dari perspektif sosio-ekonomi, akan terjemahlah ungkapan

"yang kaya semakin kaya

yang miskin papa kedana".

Jurang yang miskin dan yang kaya makin meluas. Rasa tak puas hati makin membara. Yang kaya akan lupa daratan dan yang miskin menaruh dendam. Keadaan ini sudah pasti memberi satu ancaman kepada negara jlka tidak dibendung.

Seperti satu cerita jenaka yang popular sedikit masa dulu yang memberi mesej kewujudan strata sosial kesan dari kemiskinan akibat rasuah berbunyi begini:

"Apabila 4 lapisan masyarakat yang mempunyai latar belakang, ekonomi yang berbeza, setiap kali bila bangun pagi, maka mereka bertanya;

"Bapak hari ini apa kita bisa makan pak?

atau

"Bapak, hari ini, kita makannya apa"

atau

"Bapak, hari ini, kita makan di mana, dan dengan siapa?

atau

"Bapak, hari ini ya mahu makan siapa?

Bayangkanlah sekiranya golongan yang mahu makan siapa ini dibiarkan bermaharajalela tanpa dibenteras.

Sebab itu Allah S.W.T. memberi amaran keras seperti firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud;

"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan bathil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan jalan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui".

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bemaksud;

"Allah melaknat pemberi dan penerima rasuah".

"Masuk neraka si pemberi dan si penerima rasuah".

Saya ingin tegaskan sekali lagi, rasuah itu bukan hanya. berlaku dalam bidang perniagaan, atau keusahawanan. Bahkan dalam bidang-bidang lain - politik, intelektual, budaya, peradaban dan sebagainya. Oleh yang demikian, dalam membahaskan soal rasuah ini saya sangat berharap skopnya tidak dihadkan kepada rasuah dalam bentuk wang, hadiah atau aspek-aspek kebendaan semata-mata.

UMNO sebagai teraju Kerajaan Barisan Nasional menyedari hakikat ini, dan sebagai parti yang terbesar telah mengorak langkah untuk membendung amalan politik wang dan penyalahgunaan kuasa yang sampai pada kemuncaknya dalam tahun 1993. Setahun kemudian, UMNO mengadakan satu persidangan khas untuk meminda perlembagaan parti bagi membendung politik wang. Perwakilan UMNO berjumlah 1,761 orang yang mewakili lebih 2 juta ahli telah bennuafakat untuk memerangi politik wang dan rasuah. Pengakuan terbuka UMNO mengenai adanya politik wang dan rasuah merupakan satu langkah yang berani dan menunjukkan kesungguhan parti untuk membendung amalan ini. Usaha kita melahirkan orang yang terbaik di dalam budaya politik tidak akan tercapai jika mereka ini bedaya kerana sogokan bukan melalui kerja kuat, prestasi kerja dan komitmen terhadap perjuangan parti.

Walaupun kita mengakui peranan yang dimainkan oleh pihak pembangkang, parti Kerajaan Barisan Nasional, khususnya UMNO telah mengambil sikap pro-aktif untuk membendung rasuah dari menjadi amalan biasa dalam masyarakat. Perdana Menteri, dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir persidangan khas 1994 telah mengatakan;

"Saya harap kita bukan saja akan meluluskan pindaan perlembagaan pada hari ini tetapi juga kita akan dengan ikhlas berikrar akan patuh kepadanya, akan mengamalkan nilai-nilai yang mulia dan akan menjayakan penguatkuasaan undang-undang".

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam konteks perundangan, takrifan tentang rasuah itu dijelaskan sebagaimana dalam kes PP lawan Datuk Harun (1977) Raja Azlan Shah selaku hakim menjelaskan bahawa "corrupt is a question of intention. If the circumstances show what a person has done or has omitted to do was moved by an evil intention or a guilty mind then he is liable tinder this section (Akta Pencegahan Rasuah 196 1)".

Sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk membendung gejala rasuah, Akta Pencegahan Rasuah 1961 akan dipinda di sesi Parlimen sekarang ini.

Cadangan pindaan ini, antara lain memperuntukkan denda yang lebih tinggi kepada pesalah.

Ia juga memperuntukkan tindakan undang-undang ke atas mereka yang memberi maklumat palsu atau memfitnah seseorang melakukan rasuah.

Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan ditambah serta diberi kuasa yang lebih untuk menjalankan siasatan. Di bawah rang undang-undang baru ini, pendakwaraya boleh meminta seseorang menjelaskan harta yang dimilikinya dengan--membuat kenyataan bersumpah. Pendakwaan akan dibuat jika seseorang gagal memberikan penjelasan yang memuaskan berhubung pemilikan harta melebihi pendapatan di dalam kenyataannya. Selain dari itu pegawai BPR dengan kebenaran pendakwaraya boleh pergi mendapatkan maklumat terus di bank dan institusi kewangan.

Cadangan untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil kepada orang yang memberi maklumat palsu atau fitnah adalah konsisten dengan sistem demokrasi. Jika demokrasi menjamin hak rakyat bersuara tentang gejala-gejala buruk seperti rasuah, perlu juga hak orang dituduh dilindungi agar ketidakadilan dapat dielakkan. Sehubungan dengan itu, Kabinet telah mengarahkan BPR tidak mendedahkan kes penyiasatan yang dijalankan sehingga adanya bukti-bukti yang kukuh untuk mendakwa seseorang di mahkamah. Ini untuk memastikan berlakunya keadilan ke atas mereka yang disiasat dan mengelak dari tercemamya nama baik mereka sebelum tuduhan teibukti.

Di bawah Seksyen 20, rang undang-undang Pencegahan Rasuah 1997, orang yang membuat aduan palsu atau kenyataan bercanggah kepada BPR boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM 1 00,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

Sebarang tuduhan rasuah yang dilemparkan kepada pemimpin, pegawai Kerajaan atau orang lain akan mencemarkan nama baik dan maruah, apa lagi apabila media melaporkan siasatan yang dijalankan.

Fasa baru ini akan mengelakkan laporan palsu dan tidak benar, dan juga pembaziran tenaga, masa dan wang BPR.

BPR juga tidak akan menyiasat surat-surat layang yang diterima kecuali ia dilampirkan dengan dokumen yang sahih untuk menyokong tuduhan yang dibuat.

Seksyen 16 di dalam rang undang-undang Pencegahan Rasuah 1997, juga memperincikan dengan lebih khusus perbuatan rasuah yang mana seseorang menggunakan kedudukannya untuk membuat keputusan atau tindakan yang memberi manfaat kepada sekutu atau saudara terdekatnya. Perbuatan ini dianggap sebagai mendapatkan manfaat diri sendiri.

Jentera-jentera Kerajaan perlu- diperkemaskan lagi supaya ianya bersih, efisien dan telus untuk mengurangkan kemungkinan atau situasi yang boteh membawa kepada amalan rasuah. Usaha mesti dilakukan untuk memastikan urusan Kerajaan teratur dan jelas, dan menghindar dari berlaku kelewatan yang disengajakan atau kerenah birokrasi yang diada-adakan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Persoalan penting yang boleh dibangkitkan di sini ialah, apakah rasuah sudah meniadi satu budaya kepada masyarakat kita? Jika ia sudah membudayai kehidupan masyarakat kita sejauh manakah ianya sudah menjalar dan menjadi cara hidup kita? Dan jika ini sudah berlaku, bagaimanakah seharusnya gejala ini kita tangani?

Pada pandangan saya, walaupun gejala ini diakui wujud dan sedang merampas hak dan kepentingan rakyat, namun ianya masih boleh dikawal dan masanya masih belum terlewat. Kita masih bemasib baik kerana amalan ini belum lagi dianggap "halal". la dilakukan ditempat yang "gelap"; di bawah meja tetapi bukan di atas meja. Sudah barang tentu dengan kesedaran terhadap nilai-nilai Islam, takut hukuman, malu kepada masyarakat umum, dipecat dari jawatan dan sudah pasti keberkesanan dari operasi-operasi yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan yang diberi tanggungjawab, maka amalan ini masih boleh dibendung.

Walaupun amalan rasuah di Malaysia tidak dapat dinafikan telah meningkat jika dibandingkan dari dekad 70an dan 80an, tetapi ia bukanlah menjadi satu cara hidup yang diterima oleh masyarakat.

Saya berpendapat strategi penyelesaian jangka panjang yang difikirkan berkesan adalah berdasarkan falsafah

"Prevention is better than cure".

Antara pendekatan yang boleh diambil

Kaedah Pendidikan :

a. Maka tidak syak lagi kaedah pendekatan menerusi pendidikan adalah satu-satunya yang terbaik. Generasi muda, generasi pelajar hari ini wajib dididik, diajar supaya membenci, memusuhi dan seterusnya menghindari amalan rasuah. Nilai-nilai 'bersih' dan 'adil' akan menjadi tema penting dalam kurikulum pendidikan. Dua pepatah yang berkaitan dengan isu ini boleh dijadikan asas berfikir dan bertindak kepada generasi muda.

"Rakyat Malaysia bukan sahaja bersih tetapi ia perlu kelihatan bersih"

"Keadilan bukan hanya perlu dilakukan, ia juga mesti diperlihatkan".

Menerusi kurikulum baru pendidikan Islam yang telah dilaksanakan jelas memberikan penekanan akhlak yang amat terpuji. Di dalamnya termasuk nilai seperti amanah, bijaksana, bertanggungiawab, iffah (harga diri), ihsan, berani dan lain-lain.

Konsep Allah melihat apa yang kamu lakukan; setiap perbuatan baik akan dihitung walaupun sebesar zarah dan begitu juga perbuatan yana jahat; jasad yang tumbuh dari makanan yang haram akan menjadi bakaran api neraka dan seterusnya mendidik adab pelajar serta tanggungjawab terhadap Allah dan makhluk lain - Insya-Allah akan menyumbang kepada lahimya generasi bebas rasuah.

b. Kempen meningkatkan kesedaran rakyat tentang bahayanya rasuah. Ini boleh dilakukan menerusi media massa seperti akhbar, radio dan telivisyen.

c. Menggubal dasar-dasar yang mampu memberi peluang yang seimbang untuk rakyat mendapatkan hak mereka sekiranya berkelayakan dan sekaligus menafikan dasar pintu belakang

d. Kesedaran yang mendalam di kalangan . masyarakat supaya mengelakkan amalan memberi rasuah.

Akhir sekali, satu perkara,yang ingin saya bangkitkan ialah soal keadilan (Justice). Sebenamya, kita berkumpul pada hari ini memerangi rasuah adalah juga bermakna kita sedang beduang menegakkan "keadilan". Percayalah sesungguhnya keadilan adalah induk dalam sesebuah Kerajaan. Jika keadilan ini dapat dimanifestasikan dalam pentadbiran kita, maka rasuah tidak mungkin mendapat tempat di mana-mana.

Permuafakatan memerangi rasuah hari ini merupakan satu pedalanan yang jauh. YAB. Perdana Menteri dan Timbalannya telah menunjukkan sikap yang tegas terhadap usaha membendung amalan rasuah. Ini terbukti dari kenyataan YAB. Perdana Menteri

"Percayalah, penyalahgunaan kuasa dan rasuah akan menghancurkan parti kita, menghancurkan agama, bangsa dan negara kita

Sementara itu, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam bukunya "Asian Renaissance" mengungkapkan kata-kata:

"No excuse for not making a serious commitment to fight it, the issue may be a moral one, but effective measures against corruption must go beyond mere moralising to encompass comprehensive societal and legal reform. There must be the political will to wage war against this insidious blight of mankind."

Usaha kita untuk mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai tahap amalan rasuah yang rendah tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Ianya satu usaha yang mesti dilakukan secara berterusan, bersungguh-sungguh dan mendapat sokongan serta komitmen yang menyeluruh dari rakyat. Inilah satu perjuangan yang murni demi menjamin keutuhan negara dan penerusan bangsa Malaysia yang berdaulat dan dihormati.

Dengan ini saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dan sukacitanya merasmikan Seminar Muafakat Memerangi Rasuah

Sekian, terima kasih.

| Main || About IKD || IKD Diary || Southeast Asia 2000 Project || Press Releases || IKD Links || Inquiries |