48, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Tel:(603) 2832788 Fax:(603) 2832615 |
Laporan: Ledakan
Teknologi Maklumat: Cabaran Terhadap Bahasa Malaysia Dan Budaya Nasional, Bertempat di USM Pulau Pinang, 8-9 Mac 1997 Anjuran: Institut Kajian Dasar
Ledakan Maklumat di Malaysia mula terasa. Pelancaran MEASAT pada 13 Januari 1996 lalu adalah bukti yang nyata. Segalanya berpunca daripada Teknologi Maklumat yang sedang berkembang. Teknologi Maklumat diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan dalam bidang mikroelektronik yang mengandungi perkembangan pelbagai teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Paling terserlah kemunculan Internet yang mempamerkan penggunaan jaringan informasi bersepadu sehingga boleh diaplikasikan sebagai bahan komunikasi multimedia, komponen yang melibatkan teks, bunyi, grafik, dan video. Persoalannya, bersediakah Bahasa Malaysia dan budaya menerima cabaran teknologi canggih ini? Pada hakikatnya, Bahasa Malaysia dan budaya nasional sepatutnya menjadi lebih kukuh dan mantap dengan bentuk yang disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan dan dapat berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden lain dalam menyahut cabaran Teknologi Maklumat kini dan pada masa hadapan. Apakah Bahasa Malaysia dapat mengekalkan kesinambungan status lingua franca dalam cabaran Teknologi Maklumat? Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mahathir Mohamad pernah menegaskan: Selaras dengan motto Persatuan Bahasa Malaysia - Mendukung Tradisi Intelektual, pihak PBMUSM merasa bertanggungjawab melontarkan persoalan yang agak ke hadapan kepada masyarakat umumnya dan kepada masyarakat Bahasa Malaysia khasnya sebagai satu langkah awal menghadapi cabaran abad 21. Semoga dengan berlangsungnya seminar perdana ini, sedikit banyak cuba untuk menyingkap peranan Bahasa Malaysia dalam menghadapi cabaran Teknologi Maklumat dan sejauh manakah Bahasa Malaysia serta budaya nasiona dapat bersaing melangkah ke arah kecermerlangan. Matlamat:
|
|
||||||||||||||||||