48, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Tel:(603) 2832788 Fax:(603) 2832615

             

Seminar Peranan Media dalam Pembinaan Masyarakat Madani

Bertempat di Hotel Plaza, Kuala Lumpur, pada 7 Ogos 1997.

Anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dengan kerjasama Yayasan Konrad Adenauer (KAS)

Kecanggihan teknologi maklumat dewasa ini telah banyak merubah aspek kehidupan manusia. Hambatan teknologi ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia yang menyebabkan dunia dirasai semakin sempit terutama dengan pembentukan satu fenomena baru pola kekampungan yang lebih dikenali sebagai "Kampung Sejagat".

Perkembangan teknologi ini tentunya mempunyai hubungan yang rapat dengan media samada elektronik atau bercetak. tidak dapat dinafikan di zaman pasca-moden ini media telah dilihat bukan sahaja sebagai penyebar maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, berita dan sebagainya tetapi juga sebagai pencetus minda masyarakat atau lebih tepat sebagai penentu agenda. Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka, dengan penuh bersemangat telah menyatakan, "dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan". Justeru itu media telah dilabelkan sebagai agen perubahan masyarakat yang baru yang ternyata pengaruhnya melebihi suara-suara lain.

Di dalam arus perkembangan politik misalnya, ramai pemimpin yang lahir dan baru dilahirkan dalam kepompong modenisasi telah menonjol dan terserlah akibat penonjolan dan liputan media. Tidak kurang juga dengan jatuhnya pemimpin banyak ditentukan oleh reaksi media. malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa media di Malaysia mampu menentukan jatuh bangunnya seseorang pemimpin.

Dalam pada itu media turut memainkan peranan penting dalam mengimbangi keberkesanan dasar kerajaan. Pemaparan isu-isu dan berita-berita yang tepat, benar dan bertanggungjawab amat penting dalam proses ini. di sini media berperanan sebagai "check and balance" dalam menentukan keberkesanan dasar-dasar negara.

Bagaimanapun sikap pro dan anti kerajaan yang keterlaluan boleh menyebabkan peranan sebenar media diketepikan.

Menyedari hakikat ini pihak Institut Kajian dasar (IKD) merasakan bahawa peranan media perlu dibincangkan dengan lebih tersusun agar mertabat ketuanan Islam dan Melayu dapat diadaptasikan dengan sempurna. Untuk itu satu seminar media dan Masyarakat telah diadakan pada 7 Ogos 1997 bertempat di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.

Matlamat

1. Menilai peranan media dalam menentukan pembentukan sebuah masyarakat madani di Malaysia;

2. Meninjau sejauh mana media berperanan sebagai satu alat mendidik dan memberi maklumat serta membentuk model peranan positif bagi kepentingan masyarakat;

3. Membincangkan persiapan media terhadap cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi;

4. Menggarap alternatif-alternatif dan cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan hubungan media dan masyarakat bagi menjamin kesejahteraan negara;

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Drs Sulaiman Mohammad Timbalan Menteri Penerangan Malaysia di The Plaza Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan "Media dan Pembentukan Masyarakat Madani", program ini telah berjaya membincangkan peranan sebenar media dalam pembinaan sebuah masyarakat madani.

Ke Atas

Halaman Hadapan

Mengenai IKD

Projek Asia Tenggara

Anwar Ibrahim

Diari IKD

Siaran Akhbar

Link IKD

Pertanyaan