OBJEKTIF INSTITUT

Sejak ditubuhkan pada akhir tahun 1985, IKD telah mengadakan penyelidikan mengenai isu-isu sosial, politik dan ekonomi dan hasilnya disebarkan kepada masyarakat yang lebih luas untuk direnung, difikir dan diambil tindakan oleh pihak berkaitan. Walau bagaimanapun, IKD juga mendapat manfaat hasil daripada interaksinya dengan pelbagai golongan dalam masyarakat. IKD turut memainkan peranan mempelopori beberapa isu penting untuk memastikan ia mendapat perhatian yang lebih luas dalam masyarakat.

IKD ditubuhkan untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut:

Menjalankan penyelidikan yang sistematik berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia dengan penekanan khusus terhadap pembangunan insan sebagai prasyarat kepada aspek-aspek pembangunan yang lain.

Membuat kajian tentang hubungkait nilai-nilai kerohanian, moral dan etika yang terangkum dalam mana-mana sistem kepercayaan dan penggubalan dasar dan matlamat yang strategik

Berperanan sebagai forum bagi para sarjana, pembuat dasar dan pihak-pihak lain yang berminat untuk berinteraksi, berbincang dan merumuskan gagasan untuk pembangunan positif dan menjalankan program penerbitan (buku, monograf, jurnal dan buletin) yang boleh mencetuskan pemikiran yang kreatif, kritikal dan menjadi pedoman dalam isu-isu penting seperti sosio-ekonomi, politik dan kebudayaan

Mengendalikan dan menganjurkan persidangan, seminar, diskusi kumpulan dan syarahan umum bagi manfaat golongan profesional, pentadbir, para aktivis sosial, belia, dan pelajar serta masyarakat awam untuk menanamkan kesedaran, tanggungjawab serta kebertanggungjawapan ke arah holistik bagi negara kita.

| Main || About IKD || IKD Diary || Southeast Asia 2000 Project|| Press Releases || IKD Links || Inquiries |