Kegiatan utama Institut terdiri daripada program persidangan, penyelidikan, penerbitan dan kerjasama serantau.
PERSIDANGAN
PENYELIDIKAN
IKD secara bersendirian atau dengan kerjasama universiti dan organisasi lain yang berkaitan mengadakan projek penyelidikan berhubung dengan isu perpaduan nasional, seni dan kebudayaan, keusahawanan, perindustrian dan perbandaran, isu pekerja, peranan dan kepentingan agama dalam masyarakat, belia, komunikasi antara budaya dan kerjasama serantau.
PENERBITAN
IKD berusaha untuk menerbitkan buku dan monograf yang berkaitan dengan pembinaan negara bangsa, alam sekitar, etika, budaya saintifik, pembangunan belia, peranan agama dalam masyarakat dan penggalakan amalan nilai- nilai murni. Institut juga menerbitkan buletin suku tahunan (Buletin IKD), jurnal setengah tahun (Dasar) serta koleksi rencana dan kertas kerja yang dibentangkan di seminar dan persidangan anjuran IKD.
KERJASAMA SERANTAU
Persidangan dan mesyuarat di peringkat serantau dan antarabangsa diadakan dari semasa ke semasa untuk menggalakkan persefahaman dan kerjasama. IKD berusaha dengan gigih ke arah mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara jiran di samping menggalakkan hubungan yang lebih baik antara ASEAN dan Asia Tenggara bersama rakan dialognya seperti China, Jepun dan India.
KEWANGAN
Institut ini dibiayai sebahagian besarnya oleh pihak swasta.
| Main || About IKD || IKD Diary || Southeast Asia 2000 Project|| Press Releases || IKD Links || Inquiries |