Make your own free website on Tripod.com

48, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Tel:(603) 2832788 Fax:(603) 2832615

 

Seminar Menangani Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak di Kalangan Golongan Muda,

Bertempat di Port Dickson pada 11 April 1997

Anjuran bersama: Institut Kajian Dasar dan Yayasan Konrad Adenauer

Sebuah Bengkel Menangani Masalah Sosial dan Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Golongan Muda telah diadakan di Hotel Sri Malaysia. Bengkel yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar dan Yayasan Konrad Adenauer ini telah dihadiri oleh lebih 45 orang peserta yang merupakan wakil-wakil dan pemimpin-pemimpin NGO, agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dengan hal-ehwal pembangunan golongan belia/muda.Di antara lain Bengkel ini adalah bertujuan untuk:-

Mengumpulkan maklumat daripada golongan pengkaji/profesional dan golongan muda mengenai faktor-faktor psikologi, emosi, ekonomi, sosial dan spritual yang mengakibatkan berbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak khasnya di kalangan golongan muda.
Merumuskan satu gambaran yang bersepadu dan holistik tentang keadaan remaja hari ini dengan menilai maklumat serta teori yang ada secara objektif, sistematik dan realistik.
Menggariskan projek atau program jangka panjang atau jangka pendek mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak serta mengenalpasti badan-badan atau organisasi-organisasi bagi melaksanakan strategi dan program yang dijayakan.
Menyediakan laporan dan blue-orint for action untuk dimajukan kepada pihak IKD sendiri serta pihak-pihak berwajib yang lain mengenai isu masalah remaja dan keruntuhan akhlak di kalangan golongan muda.

Seramai 9 orang pembentang kertas kerja telah membentangkan statistik dan maklumat serta analisa yang termuktakhir bersabit dengan punca dan sebab berlakunya masalah sosial dari modul yang berbagai. Rata-rata masalah sosial mempunyai sebab-sebab yang boleh dilihat dari pelbagai sudut dan bidang yang disebutkan. Sebab-sebab ini pula amat berkaitan di antara satu sama lain. Tetapi apa yang pokok ialah soal terhakis dan semakin pupusnya nilai-nilai kekeluargaan dan kehidupan yang berteraskan dan berorientasikan kemanusiaan dan spiritual. (Untuk kupasan-kupasan ini sila lihat kertas kerja).

Satu kelainan bengkel ini ialah pendekatan yang mahu mendekati kumpulan yang menjadi fokus isu masalah sosial (iaitu kumpulan yang bermasalah itu sendiri.Untuk ini satu dialog bersama kumpulan Embun Hidayah yang diketuai oleh Saudara Nizal Mohamed serta Saudara Riduan Mohamed telah diadakan.

Dialog ini telah memberikan peserta Bengkel satu imbasan dan tinjauan tentang bagaimana dan apa sebenarnya yang wujud dan berlaku di peringkat grass-root. Mesej yang jelas hasil daripada tersebut adalah hakikat kekurangannya insan-insan atau pihak-pihak yang prihatin terhadap keperluan psiko-emosi, dan sosial-fizikal remaja/golongan yang bermasalah dan yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan bimbingan tersebut. Bahagian kedua Bengkel menumpukan perhatian tentang langkah-langkah yang boleh dan perlu diambil oleh semua pihak. Peserta bengkel telah berbincang tentang cara-cara menangani masalah melalui aspek-aspek spritual atau agama, sudut belia sendiri dan aspek environmen atau persekitaran yang harus wujud bagi perkembangan golongan muda yang sihat.

 

Resolusi

Akhir sekali, berdasarkan input daripada Bengkel Peserta yang telah diadakan, berikut adalah beberapa resolusi yang telah dipersetujui:

Menggalakkan kempen (melalui media yang pelbagai) kesedaran tentang darjah (extent), akibat dan pinca-punca (ekonomi dan sosio-budaya) masalah sosial yang berlaku di negara kita serta perlunya dikukuhkan institusi keluarga.
Mewujudkan langkah-langkah memartabatkan semula seluruh institusi keagamaan Islam (mahkamah atau perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan-badan dakwah dan NGO’s yang lain) supaya peranan dan fungsi institusi-institusi yang berkaitan dapat di manifestasikan dengan lebih berkesan.
Memastikan apa jua jenis biokrasi yang boleh menghalang kelancaran perlaksanaan program-program membantu membenteras masalah sosial. Agensi-agensi kerajaan mesti memainkan peranan masing-masing melicinkan langkah-langkah dan usaha-usaha yang datang daripada semua pihak.
Menggesa satu dasar penerangan - komunikasi perlu dilahirkan segera berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan dan spritual - fizikal yang seimbang. Usaha ini mesti menggembelingkan sumber-sumber atau input semua pihak.
Menggesa sektor swasta dan korporat (contohnya para pekilang) untuk menzahirkan budaya kerja dan budaya hidup yang sihat di kalangan pekerja mereka. Ini boleh dilakukan dengan mengambil kirta faktor-faktor seperti penjadualan, aktiviti-aktiviti kekeluargaan, hari-hari kelepasan dan lain-lain.
Memastikan pendekatan yang diambil di dalan kita mendekati atau membantu golongan remaja atau muda adalah bersifat empatik dan penuh prihatin dan kasih sayang terhadap mereka. Ini amat penting di dalam konteks persekitaran ibu bapa mereka membesar dahulu. Ini akan mengelakkan proses alienasi dan konflik dan jurang di antara generasi berlaku. Kita mesti menyedari hakikat mereka adalah mangsa kepada sistem yang bukan dicipta oleh mereka.
Mengukuhkan status dan keberkesanan Kementerian Belia dan Sukan. Kebiasaan menganggap Menteri Belia sebagai yang paling junior dan kementerian sebagai yang paling kurang kepentingan mestilah dihakis.

Ke Atas

Halaman Hadapan

Mengenai IKD

Projek Asia Tenggara

Anwar Ibrahim

Diari IKD

Siaran Akhbar

Link IKD

Pertanyaan